
Laporan/foto: Amalina Shazwani Md. Suhaimi (Barat Daya)
PULAU BETONG, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 22 bot nelayan dari Pulau Betong berkonvoi dari Kuala Pulau Betong ke Pantai Pasir Panjang hari ini, dalam usaha menzahirkan rasa cintakan negara melalui Program JIWA Komuniti MADANI peringkat Sungai Burong DUN Pulau Betong.

Edaran Jalur Gemilang kepada peniaga setempat.
Menariknya, setiap bot dihias dengan kreatif mengikut tema kemerdekaan, membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta dan pengunjung.
Pertandingan bot tercantik menjadi tarikan utama, dengan kreativiti yang dipamerkan oleh para nelayan mencuri tumpuan pengunjung yang hadir.
“Saya rasa sangat bangga melihat semangat yang ditonjolkan oleh komuniti nelayan kita.
“Semangat ini juga tanda cinta pada negara, semoga semangat ini terus hidup dalam jiwa anak muda kita.” kata Ketua Unit Nelayan Pulau Betong Arshad Omar.

Taklimat oleh Pegawai Penerangan Daerah Barah Daya mengenai Budi Madani dan Penyuludupan Migran.
Program JIWA Komuniti MADANI merupakan inisiatif Jabatan Penerangan dalam memperkukuhkan hubungan masyarakat setempat, di samping menyemai semangat cintakan negara.
-ZS-