Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pasar Payang Meriah Sepanjang Cuti Sekolah

By 23 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz/Amiruddin Adli

KUALA TERENGGANU, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Setiap kali tiba musim cuti persekolahan, antara destinasi utama yang meriah dan menjadi tumpuan pelancong ke Terenganu ialah Pasar Kedai Payang.

Tidak lengkap dirasakan jika ke Kuala Terengganu, tetapi tidak singgah sebentar di Pasar Kedai Payang membeli buah tangan untuk dihadiahkan kepada keluarga dan rakan-rakan.

Nur Izzati menunjukkan rantai kunci patung penyu memakai topi keledar yang dibelinya di Pasar Kedai Payang 1.

Salah seorang pengunjung dari Puchong, Selangor, Nur Izzati Hassan, 40, berkata sudah empat kali beliau berkunjung ke Terengganu pada tahun ini dan pasti akan singgah di Pasar Kedai Payang yang menjual pelbagai jenis barangan tradisional dan makanan tempatan yang popular di negeri ini.

“Pada cuti persekolahan kali ini, saya bersama-sama dengan anak dan suami mengadakan family road-trip di tiga buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi memanfaatkan masa cuti bersama keluarga,” katanya ketika ditemu bual Malaysia Aktif, di sini kelmarin.

Nur Izzati juga tidak melepaskan peluang mendapatkan rantai kunci patung penyu memakai topi keledar yang tular ketika ini dan menerima sambutan luar biasa di Pasar Kedai Payang 1.

Rahayu bersama-sama dengan barangan kraf yang dijual di kedainya.

Sementara itu, peniaga barangan kraf Rahayu Mohamad, 43, berkata jumlah pengunjung pada musim cuti persekolahan kali ini amat luar biasa dan Pasar Kedai Payang tidak putus dibanjiri pengunjung sejak awal pagi hingga kedai ditutup pada sebelah petang.

“Jika dibuat perbandingan, jualan pada musim cuti sekolah lebih berganda berbanding hari biasa dan kehadiran pengunjung ke Pasar Kedai Payang memberi keuntungan kepada peniaga-peniaga kecil di sini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda