
Laporan/foto: Zamrud Laili Mohd Mustap/Abdul Waasiek Ahmad Fikri
BATU MAUNG, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Suasana di perkarangan Masjid Al-Qahhar, Permatang Damar Laut, hari ini bergema dengan laungan selawat dan alunan qasidah sempena Program Batu Maung Berselawat dan Qasidah.

Kehadiran muslimah semasa qasidah dialunkan,
Program yang bermula pada pukul 6.00 petang dan dihadiri lebih 300 orang jemaah ini disambut meriah oleh penduduk setempat dalam usaha menghidupkan semangat Maulidur Rasul.
“Acara ini bukan sahaja untuk meraikan Maulidur Rasul tetapi juga untuk mengingatkan kita semua tentang pentingnya mencintai dan meneladani sifat-sifat Nabi Muhammad SAW,” kata peserta Rabiatul Husna Romlee, 27.

Kanak-kanak dan pelajar tahfiz turut hadir
Kumpulan Qasidah Anak-Anak Tahfiz Darul Ehsan dan Pelajar Sekolah Rendah Agama Hj. Omar mencetuskan suasana harmoni apabila alunan selawat dan qasidah bergema dan diiringi oleh para jemaah yang turut serta dalam majlis tersebut.
Acara yang dianjurkan bersempena Karnival Kita MADANI Peringkat Negeri Pulau Pinang ini turut menjadi wadah untuk merapatkan lagi hubungan masyarakat dalam suasana penuh harmoni dan barakah.
-ZS-