
Laporan/foto: Zamrud Laili Mohd Mustap/Abdul Waasiek Ahmad Fikri
BATU MAUNG, 28 Sep (Malaysiaaktif) – Minat melaungkan azan sejak kecil membawa tuah kepada Mohamad Izzat Zikri Mohamad Izhar, 17, apabila dinobatkan sebagai johan Pertandingan Azan sempena Program Karnival Kita MADANI peringkat Pulau Pinang, dekat semalam.

Antara peserta yang sedang melaungkan azan.
Mohamad Izzat yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu membawa pulang hadiah hamper selepas mengalahkan 20 peserta lain yang menyertai pertandingan azan di Masjid Al-Qahhar, Permatang Damar Laut.
Katanya, minat melaungkan azan setiap hari adalah kerana beliau bercita-cita ingin menjadi seorang bilal atau imam masjid.
“Saya akan melaungkan azan setiap hari selain mendengar azan yang dilaungkan di masjid, radio dan televisyen.

Juri pertandingan azan.
“Saya telah menyertai pertandingan azan sebanyak empat kali sejak berusia 10 tahun dan bersyukur dinobatkan sebagai juara,” katanya.
-ZS-