Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantanMAVideo

Seni Tempaan Senjata Tradisional Melayu

By 30 September 2024Oktober 22nd, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/video: Un Suat Fern/Noor Haswan Noor Azman

KOTA BHARU, 26 Sep (MalaysiaAktif) – Produk senjata tradisional Melayu seperti keris Bugis, badik berpamor, sepukal, dan saras semakin mendapat perhatian dan permintaan yang tinggi daripada pelanggan, terutama dalam kalangan penggemar senjata warisan.

Mohd Romizan Abdul Rahman, 49, berkata proses pembuatan keris bergantung kepada jenis besi yang digunakan, sekiranya besi yang digunakan tidak mengikut spesifikasi yang tepat, hasilnya tidak memuaskan.

Setiap tempahan adalah khusus, yang memerlukan perhatian dan masa lebih untuk disiapkan. Cabaran terbesar bagi penempa adalah kacukan besi dan tongkolan untuk mewujudkan pamor.

“Pamor terbentuk melalui proses melipat dan menempa besi berkali-kali,” tambah Romizan.

Setiap lipatan memerlukan setengah hari untuk mencapai kualiti yang halus, manakala proses membentuk besi mengambil masa tambahan pada hari berikutnya.

Romizan menekankan pentingnya kemahiran dan ketelitian dalam setiap langkah pembuatan, yang menjadikan setiap bilah keris bukan sahaja sebagai alat tetapi juga sebagai karya seni yang bernilai tinggi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda