Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Menghayati Nilai-Nilai Murni Yang Ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW

By 3 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Dungun)/Pejabat Perpaduan Daerah Dungun 

DUNGUN, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Program Ceramah Motivasi Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI Peringkat Daerah Dungun telah berjaya dilaksanakan kelmarin di Pejabat Perpaduan Daerah Dungun.

Ceramah tersebut menampilkan Ustaz Aminuddin Chik@Mohammad, yang membentangkan kupasan tentang pemimpin yang patut dijadikan teladan oleh masyarakat Malaysia MADANI.

Dalam ceramahnya, Ustaz Aminuddin mengajak semua umat Islam menghayati nilai-nilai murni yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan terus mencontohi keperibadian mulia baginda dalam kehidupan seharian.

Menurut Asmawati Chik@Mohammad, Pegawai Perpaduan Daerah Dungun,

“Ceramah yang diadakan sempena penutup Sambutan Maulidur Rasul ini diharapkan dapat mendorong masyarakat untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat mengikut landasan yang diredai Allah SWT.

Selawat beramai-ramai turut diadakan sebagai penghormatan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Turut hadir ketua-ketua jabatan, kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Dungun serta ketua masyarakat setempat bagi mengukuhkan lagi hubungan baik antara komuniti dan kerajaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda