Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Hari Sukan Negara Pemacu Gaya Hidup Sihat

By 12 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhd Sufe Fuddin (Kulim)

KULIM, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Kulim yang diadakan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah hari ini menjadi pemacu kepada gaya hidup aktif dan sihat warga di daerah ini.

Program yang julung kalinya, berlangsung dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kulim mendapat sambutan yang menggalakkan.

Menurut peserta yang hadir Ahmad Zamri Omar, 53, tema HSN pada tahun ini iaitu ‘Cergas Bersama’ merupakan kaedah terbaik untuk mengekalkan kesihatan dalam kalangan rakyat.

“Pebegini dapat memperkasakan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam masyarakat,” katanya.

Aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak Tabika KEMAS.

Kira-kira 1,500 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat iaitu pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), masyarakat setempat dan kanak-kanak tabika hadir bagi memeriahkan program.

Pelbagai acara menarik diadakan antaranya senamrobik, fun walk, taekwando, saringan kesihatan, jualan gerai keusahawanan dan sukaneka untuk kanak-kanak Tabika KEMAS.

Turut hadir Pegawai Daerah Kulim Haji Mohd Zaini Ramli, Pengarah Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Haji Mohd Ruzi Hamzah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim Mohd Zaidi Zakariya serta ketua ketua jabatan dan agensi di daerah Kulim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda