Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Sambutan Hari Sukan Negara Daerah Jempol Meriah

By 12 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Zuraida MD Nor Aidi/Muhd Hafizi Zainal

JEMPOL, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai lebih kurang 2,000 orang peserta telah menyertai acara fun run dan fun walk sempena Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Jempol 2024 di Kompleks Belia dan Sukan, Bandar Seri Jempol pagi tadi.

Pelepasan peserta fun walk dan fun run.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol Mahadir Darahi, sambutan HSN Peringkat Daerah Jempol ini adalah merupakan acara tahunan yang akan dilaksanakan pada minggu kedua bulan Oktober.

“Pelbagai pengisian yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat setempat antaranya ialah acara fun run dan fun walk serta acara senamrobik satu jam tanpa henti,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Palong Mustapha Nagoor, berkata selain bersukan peserta yang hadir dapat sama-sama menyaksikan pelbagai persembahan gendang Cina, persembahan silat gayong dan juga taekwondo yang cukup hebat.

Gimik perasmian.

“Program ini harus kita sertai seramai yang boleh oleh pelbagai lapisan dan golongan. Ini merupakan kempen untuk kita selalu bersukan.

“Bukan hanya bersukan ketika hari sukan negara sahaja dan melalui program ini juga ianya bukan sahaja untuk memupuk semangat untuk kita memelihara kesihatan bahkan jika bersukan ianya juga boleh membantu untuk menguatkan sistem imunisasi badan,” katanya.

Mustapha turut berharap supaya rakyat Jempol terus kekal aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda