
Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)
MASJID TANAH, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Alor Gajah dan Poghut Ayer Limau Berpoloh 2024 di Taman Sri Aman di bawah kelolaan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka di sini kelmarin membuka peluang kepada komuniti di daerah ini untuk bersukan dan menyertai pelbagai aktiviti fizikal yang diadakan.

Pelepasan acara larian ceria oleh Hameed.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer yang mewakili Ketua Menteri Melaka program yang diadakan dapat menyatukan semua masyarakat di samping menyampaikan mesej amalan gaya hidup cergas dan sihat.
”Pelbagai aktiviti sukan dan riadah bersama segenap lapisan masyarakat dapat mengeratkan lagi perpaduan dan memastikan kesihatan masyarakat terjaga,” katanya.
Selain aktiviti sukan turut diadakan Program Jualan Rahmah dan kaunter perkhidmatan agensi kerajaan.

Peserta menyertai sesi senamrobik.
Turut hadir Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sodikin Ali.
-ZS-