Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Hari Kesihatan Warga Emas dan ‘Pink October’ Disambut Baik

By 21 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorhayati Ab Aziz/Mohamed Najib (Kampar)

KAMPAR, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Kesihatan Warga Emas dengan tema ‘Sihat MADANI di Usia Emas’ telah diadakan di Klinik Kesihatan Malim Nawar, di sini kelmarin.

Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kampar dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah bertujuan mempromosi serta memberi pengetahuan kepada golongan warga emas mengenai penjagaan kesihatan yang optimum merangkumi aspek fizikal, mental dan sosial.

Hadir merasmikan program, Pegawai Kesihatan Daerah Kampar, Dr. Abdulloh Mazalan

Menurut Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Malim Nawar Dr. Ahmad Shukri, 37, pelbagai aktiviti dilaksanakan sempena program ini antaranya chairobik, ceramah kesihatan dan pergigian, aktiviti interaktif, saringan kesihatan PeKa B40, pemeriksaan kolorektal serta pemeriksaan mata.

“Kita telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan daripada penduduk setempat dengan kehadiran seramai 90 orang warga emas terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Selain itu, turut diadakan kempen Pink October sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan menawarkan pemeriksaan percuma kepada wanita yang berumur 50 hingga 72 tahun.

Salah seorang pengunjung yang juga pesakit kanser payudara tahap empat, Sabariah Chiee, 53, berkongsi perasaan gembira dan bersemangat hadir ke program tersebut.

“Pelbagai aktiviti serta hadiah yang menarik buat pengunjung yang hadir seperti barangan elektrik dan alat glukometer. Saya juga berharap program ini diteruskan lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda