Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program KASIH Kanak-Kanak 2024: Advokasi Perlindungan untuk Masa Depan Kanak-Kanak

By 24 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin/Mahadi Mustaffa (Dungun)

DUNGUN, 24 Okt (Malaysiaaktif) – Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak Tahun 2024 telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Baru 48, di sini kelmarin yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu Sulaimah Daud.

Wakil daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyampaikan ceramah Keselamatan Kanak-Kanak kepada peserta program.

Menurut Sulaimah, program ini berfungsi sebagai satu kaedah advokasi untuk menangani isu kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan serta tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi situasi berbahaya yang dihadapi kanak-kanak.

“Program ini juga memberi peluang kepada Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) untuk lebih mengenali kanak-kanak di kawasan masing-masing dan meningkatkan peranan serta tanggungjawab mereka,” ujarnya.

Pelbagai aktiviti menarik untuk para pelajar.

Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk ceramah bertajuk ‘Keselamatan Kanak-Kanak’ yang disampaikan oleh penceramah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

-ZS-

Tinggalkan komen anda