
Oleh: Fauzrina Hj Bulka
MELAKA, 29 Apr (Malaysiaaktif) – 21 daripada 47 individu ditahan dalam satu majlis penganugerahan pingat dan darjah kebesaran ‘Datuk Naning’ di Alor Gajah pada Rabu.
Operasi tersebut diketuai oleh Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Kamaludin Kassim bersama pegawai polis dari Alor Gajah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
Ketua Polis Negeri, Datuk Ramli Din berkata antara barang rampasan yang diperoleh ialah selempang kebesaran, songkok, tengkolok dan lencana kebesaran.
Kes disiasat mengikut seksyen 419 (Kanun Keseksaan) kerana menipu secara penyamaran.
“Antara sembilan darjah yang dikurniakan termasuklah Darjah Kerabat Undang Naning, Darjah Kebesaran Naning Melaka, Darjah Kerabat Setia Naning, Darjah Paduka Pepatih Naning dan Darjah Paduka Setia Naning,” ujar Ramli.
Kumpulan ini dilaporkan memberi anugerah sejak dua tahun yang lalu dan antara penerimanya ialah warga tempatan seperti peniaga, pesara dan suri rumah.
-DZ