
Oleh: Norhanum Mohamed / Mohd Fadzli Ahmed
KUALA LIPIS, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Sebanyak tujuh keluarga menerima Kunci Perumahan Kekal Mangsa Banjir di Kg Chegar Perah Mukim Batu Yon 2, di sini semalam.
Menurut Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad, rumah yang dibina dengan kos RM75 ribu seunit itu diberi percuma kepada mangsa banjir besar awal tahun lalu berikutan rumah mereka rosak teruk.
Selain tujuh buah rumah di Kampung Chegar Perah, terdapat lapan buah rumah lagi dibina di Kampung Aur Gading dalam kawasan Padang Tengku mendapat impak teruk daripada banjir tersebut.
“Pelbagai projek pembangunan semula dilaksanakan seperti pembinaan semula jambatan yang runtuh dalam banjir itu yang menelan belanja RM25 juta,” ujar Rahman lagi.
Turut hadir ADUN Padang Tengku, Datuk Mustapa Hj Long, ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat dan penduduk kampung.
MRR/SF