Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Media Sarawak sebagai Jambatan Komunikasi antara Masyarakat dengan PETRONAS

By 27 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo/Cassidy Lisut (Sarawak)

KUCHING, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Media Sarawak memainkan peranan penting sebagai jambatan komunikasi di antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengan masyarakat tempatan.

Sesi Penyampaian Anugerah Penghargaan Media.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Media Hubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi PETRONAS Siti Azlina Abdul Latif, berkata liputan media di Sarawak sepanjang tahun ini telah banyak membantu syarikat itu mencari peluang serta merangka pertumbuhan dan kemajuan, baik dalam negara mahupun di seluruh dunia.

“Di sini, saya ingin menyampaikan penghargaan kepada semua media Sarawak atas laporan berita yang berwawasan, liputan yang adil dan objektif yang telah menyokong PETRONAS untuk terus berkhidmat sebagai rakan tenaga untuk Sarawak,” katanya menerusi teks ucapan yang dibaca oleh Pengurus Besar Komunikasi Media Hubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi PETRONAS Jalina Joheng pada majlis Makan Malam Penghargaan Media Sarawak di sbuah hotel, di sini semalam.

Sesi bergambar bersama pada Majlis Makan Malam Penghargaan Media Sarawak.

Tambahnya, PETRONAS sentiasa menghargai segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dalam usaha menyampaikan maklumat kepada semua pihak berkepentingan mereka.

“PETRONAS komited untuk terus menyokong semua inisiatif, termasuk Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2024 yang akan datang, yang dapat memberi inspirasi kepada bidang kewartawanan dengan menetapkan tahap kecemerlangan yang lebih tinggi dan aspirasi yang lebih besar terhadap apa yang boleh dicapai melalui laporan berita yang berkesan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda