Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Seribu Calon Pekerja Hadir Karnival Kerjaya Myfuturejobs PERKESO Perlis 2024

By 27 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Karnival Kerjaya Myfuturejobs PERKESO Perlis  2024 telah berjaya mencatat kehadiran seramai seribu orang pencari kerja sepanjang dua hari program tersebut diadakan, yang berakhir petang tadi.

Ahmad Firdaus (tengah) berbual dengan salah seorang pencari kerja yang hadir di Karnival Myjobsfuturejobs Perkeso 2024 negeri Perlis.

Menurut Pengarah Pertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) Negeri Perlis Ahmad Firdaus Hashim, objektif penganjuran karnival ini adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada pencari kerja di kawasan utara khususnya di negeri Perlis di samping membantu negeri mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan ekonomi setempat.

“Terdapat 27 syarikat dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan juga syarikat dari Pahang yang membuka kaunter untuk mencari pekerja sepanjang program karnival ini berlangsung di Dewan Universiti Malaysia Perlis, Kubang Gajah,” ujarnya hari ini.

Tambah Ahmad Firdaus lagi, sebanyak 3,000 kekosongan jawatan telah ditawarkan buat para pencari kerja.

Salah seorang pencari kerja sedang ditemu duga di karnival tersebut.

“Pada masa yang sama, kami juga turut memberi khidmat kaunseling kerjaya dan bantuan penyediaan resume kepada bakal-bakal pencari kerja dan aktiviti cabutan bertuah turut diadakan buat para pengunjung,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda