
Laporan/foto: Muhammad Naim (JEMPOL)
JEMPOL, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 2000 pengunjung pelbagai negeri hadir menyaksikan Cabaran Peninsular Safari Jempol Litecore 2024 yang telah berlangsung selama tiga hari bermula pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad yang telah diadakan di Litar Sukan Lasak Ayer Hitam Jempol.

Pemenang kategori Short Wheel Base bersama hadiah yang dimenangi
Cabaran ini juga turut disertai peserta-peserta dari negeri yang lain antaranya adalah dari Kedah dan Terengganu.
Antara kategori yang dipertandingkan semasa cabaran berlangsung adalah Short Wheel Base dan Long Wheel Base.

Antara aksi peserta
Menurut Tuan Mohd Nazri Bin Mulup, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol, salah satu matlamat adalah untuk memberi peluang kepada peserta-peserta di dalam Negeri Sembilan khususnya untuk menunjukkan bakat di litar sukan lasak pacuan empat roda yang telah disediakan pihak Majlis Perbandaran Jempol.
Dalam masa yang sama juga, ini adalah salah satu tarikan baru kepada sektor pelancongan di Daerah Jempol yang dikenali sebagai hub permotoran extreme.
“Semestinya cabaran seperti ini harus diteruskan dan bukan secara bermusim tetapi secara berterusan kerana ia merupakan platform untuk menyerlahkan potensi diri dan melahirkan banyak pengerak sukan lasak di Negeri Sembilan ini,” katanya.
-AA-