Oleh: Diyana Zamri
KUCHING, 6 Mei (Malaysiaaktif) –Ā Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melalui akaun Twitternya mengesahkan mayat pertama mangsa telah dijumpai pukul 12 tengah hari tadi.
MangsaĀ yang dijumpai berdekatan dengan kawasan serpihan tersebut disahkan mayat seorang wanita.
Sementara itu, Datuk Seri Azharudin Abdul RahmanĀ mengesahkan alert telah dikeluarkan pada 1650 semalam apabila semua maklum balas yang diterima tentangĀ helikopter tersebut adalah negatif.
āDalam 1615, juruterbang memaklumkan Kuching bahawa penerbangan itu akan mengambil masa selama 20 minit. Jadi, sebelum Simunjan, menara kawalan ATC cuba untuk berhubungĀ pada 1628. Namun, tiada maklum balas yang diterima. Kami kemudian cuba membuat beberapa cubaan untuk menghubungi helikopter tersebut iaitu pada 1629, 1639 dan 1656.
āTiada respon diterima daripada helikopter. Pada masa yang sama, terdapat empat lagi helikopter lain. Ada satu helikopter yang bertolak seminit selepas helikopter RPC6828 itu berlepas. Kami cuba untuk menghubungi helikopter tersebut, dan mereka juga cuba menghubungi RPC 6828 namun tidak berjaya.
āDan sebelum itu, kami juga telah membuat pemeriksaan dengan lapangan terbang di Sibu, Bintulu, Hornbill Skyways, sama ada mereka telah melihat helikopter tersebut atau sekiranya helikopter itu mendarat di mana-mana lapangan terbang berdekatan. Kami cuba hubungi Hornbill Skyways, kami hubungi IPD Simunjan, Sibayau, Betong dan Sri Aman tentangĀ helikopter yang hilang ini pada 1633 dan 1640. Pada 1650, kami mengeluarkan alert,ā jelas Azharudin ketika Sidang Media yang diadakan di Pejabat DCA di sini, pagi tadi.