Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

24 Pesara, Balu Polis Terima Sagu Hati TAWP

By 6 Mei 2016Mei 9th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 6 Mei (Malaysiaaktif) — Seramai 19 pesara dan lima balu anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menerima cek sagu hati Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) di Ibu Pejabat Kontinjen, Melaka Jumaat lepas.

Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Pesara PDRM, Datuk Mohd Jasmani Yusoff berkata bahagian tersebut telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan pesara dan balu polis serta keluarga mereka, termasuk anak yang berjaya dalam pelajaran.

Tambahnya pada 2014, sejumlah RM937,430 dikeluarkan kepada seramai 1,017 orang pesara dan waris polis. Sementara pada 2015, 1.1 juta dikeluarkan untuk 1196 bekas pesara polis.

“Sehingga Mac 2016, pihak kami telah menerima 399 permohonan dari seluruh negara dan angka ini akan meningkat dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Menurutnya lagi, borang boleh didapati di ibu pejabat polis daerah dan mereka yang memerlukan perlu mengisi maklumat yang diperlukan, termasuk dokumen-dokumen sokongan, seperti kad pengenalan, surat nikah, sijil kematian dan juga perubatan.

 

20160508221206

Kalima Binti Adam menerima sumbangan.

 

Penerima bantuan, Kalima binti Adam, 52 berkata beliau hadir ke majlis tersebut mewakili bapanya Adam bin Johari yang merupakan bekas anggota Pasukan Pengawal Kampung (Home Guard) semasa Darurat Komunis dan telah bertugas selama 22 tahun.

“Sedikit sebanyak sumbangan ini dapat membantu perbelanjaan harian memandangkan saya tidak bekerja kerana disahkan OKU selepas terlibat kemalangan tiga tahun lepas,” ujarnya.

Menurut penerima bantuan, Tan Hong, 72   beliau turut kehilangan suami yang pernah berkhidmat sebagai anggota Home Guard di Alor Gajah.

“Ini merupakan sumbangan pertama yang saya terima semenjak setahun pemergian suami dan sangat berterima kasih kepada jabatan kerana menghargai jasa beliau,”katanya.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda