Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Operasi SAR Helikopter AS350 Diteruskan

By 8 Mei 2016Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Asmidar Zainol / Khirul Nizam Zanil

KUCHING, 8 Mei (Malaysiaaktif) – Sehingga pukul 9.45 pagi tadi sebuah kusyen dan bahagian ekor helikopter (tail boom) dipercayai daripada helikopter AS350 yang hilang di sekitar Batang Lupar ditemukan oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR).

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman memaklumkan penemuan tersebut dalam sidang media khas petang tadi.

“Satu kusyen yang belum dikenal dipercayai daripada heli tersebut dijumpai di kawasan Pulau Teriso dekat Muara Batang Lupar dan juga ekor helikopter, iaitu di lokasi Sungai Merah lebih kurang 4 kilometer timur laut daripada Lingga.

 

19fddd65-d9b6-4406-bfbd-d69342d830cc

 

Azharuddin turut memaklumkan hasil usaha mencari dan menyelamat, SAR, telah menjumpai empat mayat sebelum ini.

Keempat-empat mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Besar Kuching bagi proses pengecaman dan bedah siasat dan seterusnya diterbangkan ke kampung halaman untuk proses perkebumian awal pagi tadi.

Lima jenazah yang telah dikenal pasti ialah Datuk Noriah Kasnon, pada 5 Mei, 1205  8km dari Lingga; tiga mayat pada 7 Mei, Datuk Sundaran Annamali ditemui 9km dari Lingga pukul 10.25 pagi, Ahmad Sobri Harun, 5km dari Lingga pukul 1205; Asmuni Abdullah pukul 3.20 petang dan mayat Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad ditemui pada pukul 6.00 petang, masing-masing 9km dari Lingga.

 

77e92028-80a6-4513-8faf-75ffe4ea65dd

 

Azharuddin juga berkata misi SAR diketuai oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), beroperasi di Aeranautical Rescue Sub Centre (ARSC) Kuching melibatkan 25 pegawai DCA dan pegawai perhubungan pelbagai agensi.

Seramai 650 anggota penyelamat pelbagai agensi, iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (SRB) menyertai SAR di lokasi kejadian.

Hari ini, SAR bertumpu di kawasan sekitar Sebuyau dan Lingga, Sungai Batang Lupar seluas 870 km persegi.

Berhubung spekulasi nahas tersebut dalam media sosial, Azharuddin berharap orang ramai dapat berkerjasama untuk memberi ruang kepada badan siasatan yang telah dilantik diketuai oleh Datuk Kapten Yahya Abdul Rahman.

 

Tambah beliau, siasatan nahas telah dimulakan dan akan berterusan sehingga punca kejadian kemalangan tersebut dikenal pasti.

 

36106edd-1ed2-4a9e-b9f3-e71ee0a6fdc5

 

Berkenaan penggunaan peralatan bantuan mencari dan menyelamat, Azharuddin berkata, pihak SAR menggunakan pengesan besi (metal detector) untuk mencari bangkai pesawat.

“Kita tidak menggunakan peralatan sistem sonar, tetapi menggunakan pengesan besi untuk mencari bangkai pesawat dan sekiranya ada terdapat sebarang isyarat kita akan dapatkan khidmat penyelam-penyelam.

“Cabaran utama pada ketika ini adalah arus sungai kuat dan jarak penglihatan dalam sungai yang sangat minima. Kita akan berusaha untuk mendapatkan bangkai pesawat utersebut untuk mengetahui punca kemalangan.

“Operasi akan diusahakan sehingga mayat keenam ditemui dan akan diteruskan untuk mendapatkan bangkai pesawat tersebut,” ujarnya.

Operasi SAR melibatkan aset-aset, iaitu tiga buah helikopter, 20 buah kapal,bot kecil dan enam pengangkutan darat.

Hari ini hari keempat operasi SAR dilancarkan bagi mengesan helikopter AS350 yang membawa semua mangsa berlepas dari Betong ke Kuching pada pukul 4.12 petang Khamis sebelum dilaporkan hilang.

 
-AAS

Tinggalkan komen anda