Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Penjawat Awam, Rakyat Perlu Singkir Budaya Kerja Saat Akhir

By 8 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan / Foto Anuar Che Amat

ARAU, 7 Mei (Malaysiaaktif) — Budaya kerja di saat akhir perlu disingkirkan dari minda rakyat dan penjawat awam apabila mengusahakan sesuatu.

Saranan tersebut dibuat oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail kelmarin semasa bertitah selepas Majlis Perlantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri Perlis di Istana Arau di sini.

Menurut baginda, setiap program perlu mengikuti perancangan yang buat lebih awal. Contohnya, jika akan diadakan perasmian masjid di sebelah malam, tidak sepatutnya khemah didirikan pada petang hari yang sama.

Dalam pada itu, baginda bertitah bahawa istilah ‘maju’ bukan sahaja merujuk kepada pembangunan, tetapi juga merangkumi minda serta pemikiran rakyat, seiring pembangunan negeri dan bukan dengan cara masih berpaut kepada pemikiran tahun 80an dan 90an.

Turut Berangkat ke majlis ini, Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda