Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Perak Lancar Kempen Perangi Gula

By 21 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid (Hilir Perak)/Stanley Nelson (Astro Awani)

TELUK INTAN, 21 Nov (Malaysiaaktif) – Penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti menjadi kebimbangan utama dalam sektor kesihatan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak Sivanesan Achalingam, berkata berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), satu daripada enam orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes dan karies gigi.

Sivanesan sempat membuat lawatan ke reruai pameran.

“Senario majlis yang menghidangkan makanan dan minuman manis perlu ditukar. Justeru saya amat menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Jabatan Kesihatan Negeri untuk melancarkan Kempen Perangi Gula atau War on Sugar ini.

“Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mencegah rakyat dari terus leka dan menjadi mangsa kepada penyakit yang berkait dengan pengambilan gula secara berlebihan,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Peluncuran ‘War on Sugar’ Peringkat Negeri Perak dan Program Kesihatan Warga Emas di Hospital Teluk Intan, di sini kelmarin.

Tambah Sivanesan, bagi menyahut pelaksanaan kempen itu, beliau telah berjaya mendapat sokongan positif daripada kerajaan negeri supaya Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak pada 29 November ini tidak akan menyediakan gula dalam minuman.

“Bermula Disember 2024, semua mesyuarat di sektor kesihatan juga tidak akan menyediakan gula untuk minuman manakala kuih-muih yang manis dan bersalut gula juga tidak disediakan,” katanya.

Menurutnya lagi, advokasi berkenaan kempen perangi gula ini akan ditingkatkan ke peringkat Klinik Desa bermula Januari 2025 selain turut dipanjangkan ke semua agensi kerajaan di seluruh negeri pada pertengahan 2025.

-ZS-

Tinggalkan komen anda