
Laporan/foto: Rizalman Daim/Matsukarmi Suani (Sarawak)
BALINGIAN, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Anjung Selera Balingian yang mula beroperasi 27 September lalu kini mendapat sambutan dan menjadi pilihan pengunjung di daerah ini.
Menurut salah seorang peniaga pemilik Puyan Telau, Noraini Pawi, 50, berkata sambutan daripada pengunjung setakat ini amat menggalakkan.

Noraini Pawi.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri Balingian Abdul Yakub Arbi kerana menyediakan Anjung Selera Balingian yang merupakan kemudahan yang sangat selesa kepada para peniaga dan pengunjung yang singgah di Balingian,” katanya, di sini kelmarin.
Tambahnya, kawasan di Anjung Selera Balingian adalah amat pun selesa yang sekali gus memberi kelebihan kepada peniaga untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Sementara itu, peniaga Dapur Mas, Masnani Ajus, 45, berkata Anjung Selera Balingian sememangnya dapat membantu meningkatkan pendapatan peniaga di situ.
“Saya berharap agar Anjung Selera Balingian dikenali oleh masyarakat dari luar Balingian dan dapat singgah menjamu selera di Anjung Selera Balingian,” katanya.

Masnani Ajus.
Turut disediakan di Anjung Selera Balingian ialah tandas awam dan surau dan waktu operasi bermula seawal pukul 6.00 pagi sehingga 9.00 malam setiap hari.
-ZS-