
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 17 Dis ( Malaysiaaktif ) – Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) berkongsi saat istimewa tahun ini iaitu ulang tahun ke-50 tahun bersama media tempatan di sini.

Praevitriana (kanan) menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah kepada salah seorang pengamal media tempatan
Menurut Pengurus Kanan Komunikasi Media, Perhubungan Strategik dan Komunikasi PETRONAS, Praevitriana Yuliawiratman, tahun ini menandakan peristiwa penting apabila PETRONAS meraikan ulang tahunnya yang ke-50 dengan sokongan media yang menjadikan perjalanan itu lebih bermakna.

Para pengamal media ceria bergambar kenangan bersama para Pegawai PETRONAS
“Liputan media telah menguatkan kisah perjalanan kami dan mewujudkan hubungan yang berkekalan dengan semua pihak berkepentingan.
“Kami menghargai hubungan media lebih daripada kerjasama profesional dengan hubungan yang lebih mendalam berlandaskan nilai saling memahami, menghormati dan mempercayai,” katanya semasa berucap pada Majlis Apresiasi Media Labuan 2024 di sini, semalam.
Beliau turut berharap kerjasama antara PETRONAS dan pengamal media tempatan dapat ditingkatkan dari masa ke masa.
“Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi atas sokongan berterusan anda dalam membuat liputan program dan inisiatif kami dan diharapkan kerjasama ini lebih mendatangkan impak serta manfaat di masa-masa yang akan datang,” ujarnya.
-AA-