Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Rakyat Kelantan Terjejas Banjir Hargai Bantuan Kerajaan Malaysia

By 2 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Rosli Md Zin

PASIR MAS, 2 Jan (Malaysiaaktif) – Rakyat di negeri Kelantan yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negeri itu sangat menghargai bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Wajah ceria setelah menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Saya sangat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia di atas Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak bagi meringankan beban mangsa banjir yang terlibat baru-baru ini,” kata suri rumah Azlinda Azmi, 39, dari Kampung Kedai Lama, Rantau Panjang.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mangsa yang terkesan akibat banjir serta menunjukkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.

Azlinda merupakan salah seorang daripada 476 KIR yang menerima sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM1,000.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr. Anisi Ibrahim dan Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan Jasri Kasim.

Program Penyampaian Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir yang telah ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang 2 itu telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar di Dewan Sri Rantau, SK Rantau Panjang 2, di sini semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda