
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Kesultanan Pahang (Pekan)
PEKAN, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli menziarahi waris lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di KM65 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin Sabtu lalu, di sini, semalam.

Tuanku Sultan Pahang menasihati pengguna jalanraya agar membuat pemeriksaan kenderaan supaya berada dalam keadaan baik
Baginda Tuanku berangkat tiba di Kampung Sepauk, Nenasi pada pukul 3.20 petang dan berkenan meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu serta bertanya khabar Semek Muda, 62, ibu kepada salah seorang mangsa iaitu Allahyarham Rahimah Awang Muda, 38, serta ahli keluarga yang lain.

Tuanku Sultan menenangkan Semek Muda, ibu kepada Allahyarham Rahimah Awang Muda
Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan dan meminta agar semua waris keluarga bersabar dan reda dengan kejadian yang berlaku dan mendoakan agar roh kelima-limanya ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
-AA-