Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Transformasi Ruang Runcit Pos Shop Relevan Dengan Keperluan Komuniti

By 18 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Salawati Shariff/ Siti Noor Ain

DATOK KERAMAT, 18 Jan (MalaysiaAktif) – Pos Malaysia Jalan Datok Keramat kini tampil dengan wajah baharu melalui pembukaan ruang runcit Pos Shop, yang direka khas untuk memberikan kemudahan lebih selesa dan menyeluruh kepada pelanggan.

Lawatan sekitar Pos Shop

Inisiatif transformasi ini bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan perkhidmatan yang memenuhi keperluan komuniti, malahi turut menggabungkan pelbagai kemudahan di bawah satu bumbung.

Kemudahan yang lebih mesra dan selesa kepada pelanggan yang hadir

Seorang pengunjung, Muzaffar Musa, 38, turut berkongsi reaksi positifnya tentang pembaharuan ini.

“Inisiatif ini benar-benar memudahkan sebab kebiasaannya saya hanya datang untuk urusan pos sahaja, tapi sekarang ada pelbagai perkhidmatan dan produk lain yang memanfaatkan saya sebagai pelanggan tetap,” katanya.

Perasmian cawangan kelima Pos Shop di Pulau Pinang yang juga merupakan cawangan ke-50 di seluruh negara telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, semalam.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan keyakinannya bahawa transformasi Pos Malaysia daripada konsep tradisional kepada moden akan membuka peluang kolaborasi dengan lebih ramai usahawan.

Tansformasi ini membuktikan komitmen Pos Malaysia untuk berinovasi dan mengadaptasi perubahan semasa dalam usaha untuk memenuhi keperluan pelanggan masa kini.

-AA-

Tinggalkan komen anda