Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Baca dan Amalkan al-Quran, Panduan Hidup Umat Islam

By 24 Januari 2025Februari 13th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Mardah Omarsah/Zainuddin Nurdin (Beluran)

BELURAN, 23 Jan  (MalaysiaAktif) – Usaha menggalakkan umat Islam untuk membaca dan mengamalkan al-Quran sebagai panduan hidup perlu diperkukuhkan melalui penganjuran Majlis Tilawah al-Quran (MTQ).

Pengajaran yang terkandung dalam kitab suci umat Islam ini perlu dihayati bagi membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai-nilai agama di samping menghayati keindahan alunan ayatnya dari setiap surah.

Samad ketika menyampaikan ucapan dan merasmikan di Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Daerah Beluran Tahun 1446H/2025M kemarin.

Menurut Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Samad Jamri, umat Islam yang menjadikan al-Quran sebagai rujukan mampu memperbaiki kehidupan sekali gus mencetus perubahan tamadun yang bermanfaat kepada masyarakat sejagat.

“Dengan adanya majlis sebegini, ia akan dapat memupuk masyarakat Islam agar membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian dan mempromosikan al-Quran kepada setiap masyarakat Islam agar mereka dapat merasai keindahan alunan ayat-ayat suci al-Quran.

“Selain itu, dengan menjadikan al-Quran sebagai rujukan atau panduan, umat Islam akan mampu mengubah tamadun dunia berkurun-kurun lamanya serta akan menjadi ikutan kepada masyarakat lain di dunia,” katanya ketika merasmikan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Beluran di Dewan SK Pekan di sini pada Rabu.

JR Awaluddin bersama hadiah kemenangannya di Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Beluran kemarin.

Untuk makluman, JR Awaluddin Mohd Zulkiflie dan Siti Ainul Fatonah Masran masing-masing dinobatkan sebagai Johan qari dan qariah yang akan mewakili Daerah Beluran ke MTQ Peringkat Bahagian dijadualkan berlangsung di Sandakan.

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda