
Laporan/foto: Aishah Latip (Sarawak)
LUNDU, 25 Jan (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah MADANI dapat membantu rakyat terutamanya masyarakat di sekitar Lundu membuat persediaan awal menghadapi sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Sekitar Jualan Rahmah MADANI.
Berlangsung selama dua hari bermula semalam, program tersebut merupakan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama kedai tempatan, Borong King.
Malah, program tersebut dapat membantu mengurangkan kos sara hidup serta meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.
Menyedari peluang ini, Hamidah, 49, dari Kampung Tusan Jaya Sematan di sini turut berkunjung ke program itu.

Sekitar Jualan Rahmah MADANI.
“Program itu amat baik dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan boleh mengurangkan kos sara hidup.
“Saya harap program ini dapat dibuat dengan kerap kerana barang-barang asas seperti beras, telur dan pencuci pakaian sangat murah,” katanya, di sini semalam.
Menurutnya lagi, banyak penjimatan yang diperoleh daripada program ini.
“Sudah pasti ia dapat digunakan untuk keperluan lain dan program sebegini jelas memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.
-RJ