Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Wayang Pacak Imbau Nostalgia Lama

By 13 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Fandy Azam

PENGKALAN BATU, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Tayangan wayang pacak sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pengkalan Batu telah berlangsung di Kampung Bukit Piatu, di sini semalam.

Kalsom yang juga Ahli DUN Kawasan Pengkalan Batu ketika menyampaikan ucapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Kalsom Nordin, berkata pertunjukkan wayang pacak amat terkenal pada zaman dahulu sekitar tahun 1960-an dan 1970-an yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

“Bersempena Program WRUR DUN Pengkalan Batu, saya ingin mempelawa seluruh penduduk Kampung Bukit Piatu Utara untuk sama-sama kita mengimbau kembali kenangan lalu yang dilalui oleh zaman nenek moyang kita yang ketika itu tidak ada televisyen dan bekalan elektrik di kampung-kampung.

Kalsom bermesra bersama masyarakat dalam program tersebut.

“Masyarakat pada zaman dahulu berpeluang untuk menonton tayangan gambar yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan dengan menggunakan generator (penjana) yang dibawa, penduduk setempat hanya mendapat atau memperoleh maklumat mengenai isu-isu yang berlaku yang disampaikan oleh Pegawai Penerangan sebelum tayangan bermula,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda