Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PUO Perkasakan Sahom melalui TVET

By 14 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad/PUO

KAMPAR, 14 Feb (MalaysiaAktif) – Politeknik Ungku Omar (PUO) telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui Program MechCare Empowering Sahom Through TVET di Masjid Kampung Sahom dan Sekolah Kebangsaan Kampung Sahom, di sini semalam.

Pelajar sedang memeriksa penyaman udara di Masjid Kampong Sahom.

Menurut kenyataan PUO, program ini telah memberi ruang perkhidmatan dan pembersihan penyaman udara dengan bertujuan untuk meningkatkan keselesaan masyarakat setempat di samping memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan kemahiran teknikal yang telah dipelajari.

“Aktiviti ini selaras dengan usaha PUO dalam memperkasakan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) melalui pengalaman pembelajaran yang bersifat praktikal,” katanya.

Pelajar sedang membersihkan peralatan penyaman udara.

Penyelaras Program Dr. Adzuieen Nordin, berkata program ini amat penting dalam mengimbangi proses membentuk pelajar yang berkemahiran dan mempunyai kesedaran sosial yang tinggi.

“Kami berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat,” katanya.

Penduduk setempat menyambut baik serta menghargai usaha PUO ini dalam meningkatkan kemudahan awam di kawasan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda