Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

500 Pelajar Asnaf Kota Tinggi Terima Set Persekolahan Lengkap

By 14 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahqrul Azim Shaari (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 14 Feb (MalaysiaAktif) – Program Jom ke Sekolah (JKS) 2025 anjuran Yayasan Taqwa bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bertujuan menyuntik semangat para pelajar untuk terus belajar dan berjaya dalam pelajaran melalui sumbangan berjumlah RM 4.2 juta dalam bentuk set persekolahan lengkap di seluruh negara.

Aznan ketika menyampaikan ucapan perasmian program JKS 2025 Daerah Kota Tinggi.

Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Johor selaku rakan kerjasama JKS 2025 telah menganjurkan program berkenaan di peringkat daerah Kota Tinggi bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengerang Utama, di sini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat Aznan Tamin, berkata sumbangan yang diberikan sempena JKS 2025 daerah Kota Tinggi kepada 500 pelajar asnaf sangat dihargai dan dialu-alukan.

“Dengan tema ‘Madani Membantu’, program ini merupakan komitmen bersama Kerajaan Madani dan Kerajaan Negeri Johor dalam memastikan setiap lapisan masyarakat, khususnya murid-murid sekolah mendapat kelengkapan sekolah yang baik bagi memastikan keselesaan mereka untuk belajar di sekolah, sekali gus mengurangkan perbelanjaan ibu bapa menjelang sesi persekolahan yang bakal menyusul,” ujarnya.

Antara penerima sumbangan sempena JKS 2025 Daerah Kota Tinggi.

Mohd Adam Abdullah, 9, mengucapkan terima kasih atas sumbangan set pakaian, kasut, alat tulis dan beg yang diterimanya.

Menurutnya, bantuan tersebut memberi semangat baru untuknya belajar dengan lebih tekun di sekolah.

Turut hadir, ADUN Penawar Fauziah Misri dan Pengerusi WADAH Negeri Johor Baharum Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda