Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

245 Keluarga Pekerja Ladang Bakal Miliki Kediaman PRR Harmoni MADANI Bestari Jaya

By 16 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor/Azali Ariffin (Putrajaya)

KUALA SELANGOR, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 245 unit rumah teres satu tingkat dengan berkeluasan 750 kaki persegi akan dibangunkan dalam tempoh dua tahun khusus untuk keluarga daripada lima ladang di Bestari Jaya iaitu Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.

Simbolik pecah tanah oleh (dari kiri) Vincent Tan, Nga Kor Ming, Anwar Ibrahim, Papparaidu Veraman dan Ketua Setiausaha KPKT Datuk Wira M. Noor Azman Taib.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata mengambil kira keprihatinan Kerajaan MADANI dalam menyelesaikan isu perumahan dalam kalangan golongan berpendapatan rendah khususnya pekerja ladang-ladang ini yang terkesan kerana isu berbangkit berkaitan perumahan untuk bekas pekerja ladang sejak tahun 2016.

“Saya amat kagum dengan peranan yang telah dimainkan oleh semua pihak yang terlibat bagi menjayakan cadangan pembangunan projek ini melalui kolaborasi strategik melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) serta syarikat swasta iaitu Syarikat Berjaya Corporation Berhad (BCB) di dalam usaha menyediakan kediaman yang selesa dan mampu milik kepada rakyat,” katanya ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Bagi Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya, di sini semalam.

Sejumlah RM75 juta diperuntukkan melibatkan peruntukkan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM40 juta dan Kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM35 juta.

Bagaimanapun, tapak tanah berkeluasan 20 ekar diberikan secara percuma oleh Syarikat BCB, manakala PR1MA telah dilantik sebagai agensi pelaksana yang bertanggungjawab merealisasikan projek ini.

Perdana Menteri menyantuni warga penduduk yang hadir.

PRR Harmoni Madani Bestari Jaya ini berkonsepkan kawasan kejiranan perumahan moden yang selesa dan selamat dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur dan langkan (yard), termasuk tiga unit rumah bagi holongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Antara fasiliti asas yang disediakan di kawasan perumahan tersebut adalah tadika, taska, kedai, gerai, dewan komuniti dan taman permainan kanak-kanak.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor Papparaidu Veraman dan pengasas Berjaya Corporation Berhad Tan Sri Datuk Seri Vincent Tan Chee Yioun.

-ZS-

Tinggalkan komen anda