
Laporan/foto: Mohd Azhar (Muallim)
TROLAK, 18 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 228 termasuk 38 pelajar baru tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Timur, di sini hadir dengan ceria disambut oleh maskot watak-watak animasi seperti Mickey Mouse, Snow White dan Naruto sempena program First Day At School, semalam.

Salina (baju biru) ketika mengedar sarapan kepada pelajar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Behrang Salina Samsudin, berbesar hati menaja sarapan pagi kepada semua pelajar pada hari pertama persekolahan tersebut.

Gelagat para ibu bapa yang hadir
“Para pelajar perlu menanamkan cita-cita untuk berjaya bermula dengan langkah awal iaitu hadir ke sekolah,” katanya ketika berucap merasmikan program.
Menurut salah seorang bapa Mohd Hassin Razali, 46, anaknya sangat bersemangat dan teruja untuk hadir ke sekolah.
“Anak saya telah menyusun segala kelengkapan persekolahan sejak malam tadi,” ujarnya.
Dalam pada itu, 100 pelajar terawal hadir menerima cenderahati berupa alat tulis sebagai motivasi untuk mengekalkan kehadiran awal sepanjang tahun.
Turut menarik perhatian apabila Guru Besar SK Trolak Timur menyanyikan beberapa buah lagu ditujukan kepada ibu bapa sebagai penghargaan terhadap usaha mereka menghantar anak ke sekolah.
Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Muallim Hamizah Abdul Hamid dan Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Suhaimi Muhamad.
-AA-