Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Perlumbaan Bot Tingkat Ekopelancongan Tanjung Surat

By 18 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Al-Tarmizi Azmi (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 18 Feb (MalaysiaAktif) – Perlumbaan lumba bot yang berlangsung sempena Tanjung Surat Fest X di Sungai Belungkor pada 15 dan 16 Februari lalu yang menghimpunkan pelumba-pelumba bot handalan bagi merebut hadiah lumayan turut membantu meningkatkan ekopelancongan Tanjung Surat.

Pengurus Pasukan Pendas River Racing Yazid Mohd Din, berkata pertandingan lumba bot ini terbahagi kepada lima kategori iaitu 15 kuasa kuda Yamaha Standard, kategori 15 kuasa kuda Yamaha Standard (Perempuan), kategori 15 kuasa kuda Yamaha terbuka, Topper/Maharani dan Tunnel.

Perumbaan bot sempena Tanjung Surat Fest X di Sungai Belungkor, Kota Tinggi pada 15 dan 16 Februari lalu menarik penyertaan pelumba-pelumba bot handalan dari dalam dan luar negeri.

“Cabaran yang dihadapi oleh setiap perlumba adalah faktor angin, ombak dan kehadiran pesaing-pesaing yang hebat dari segi modifikasi dan mengawal bot di Sungai Belungkor.

“Selain itu, setiap peserta perlu mempunyai teknik yang baik dan cekap dalam mengendalikan bot ketika berlumba,” katanya, di sini kelmarin.

Tambah Yazid, setiap pasukan juga perlu mempunyai peruntukan yang tinggi untuk melakukan modifikasi ke atas bot dan enjin bagi mencapai kelajuan yang maksimum untuk menewaskan bot pihak lawan.

Salah seorang pengunjung, Mohd Amran Azlan, 35, berkata beliau sangat teruja dan bangga dengan aktiviti pertandingan lumba bot di Sungai Belungkor ini selain dapat mencungkil bakat terpendam golongan muda di kawasan ini.

Antara bot lumba yang dibina sendiri oleh pasukan-pasukan yang bertanding.

“Program berskala besar seperti ini yang mampu menarik penyertaan dan kehadiran orang ramai dari dalam dan luar negeri mampu menaikkan aktiviti pelancongan dan nama DUN Tanjung Surat ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Program anjuran Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat ini dihadiri lebih 1,000 orang sepanjang dua hari ia diadakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda