Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PENTARAMA X Kelab Malaysiaku Semarakkan Semangat Patriotik

By 19 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Memi Yusoff/Hazlina Tajuddin (Selangor)

SHAH ALAM, 19 Feb (MalaysiaAktif) – Kehadiran PENTARAMA X Kelab Malaysiaku memeriahkan lagi minggu pertama sesi persekolahan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Shah Alam di sini semalam.

Pertunjukan fesyen ASEAN.

Menurut Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku Shazarina Abdullah, program seumpama ini wajar diteruskan pada tahun akan datang demi memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

“Saya sangat berbangga dan teruja kerana SMK Seksyen 19 terpilih untuk melaksanakan program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku dan seterusnya dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai manfaat dasar dan inisiatif kerajaan.

“Diharap program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang,” katanya ketika ditemui selepas program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku.

Sementara itu, pelajar Muhamad Akhil Shazwan, 16, berharap program ini dapat dikekalkan dan diperluaskan ke seluruh negara.

Sesi kuiz kenegaraan.

“Program ini sangat bagus dan saya tertarik dengan pertunjukan fesyen ASEAN yang memperagakan fesyen pakaian mengikut negara,” katanya.

Penganjuran program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku bersama sekolah terpilih merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan pelajar disamping memberi kefahaman mengenai manfaat dasar dan inisiatif kerajaan.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti sembang santai mengenai kempen keselamatan dalam talian, kuiz kenegaraan, pertunjukan fesyen ASEAN dan nyanyian lagu patriotik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda