Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Tilawah dan Hafazan Al-Quran Meningkatkan Kemahiran Bacaan

By 20 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Bashsyar Abdullah (Kedah)

ALOR SETAR, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mencemar duli hadir ke Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kedah di sebuah hotel, di sini semalam.

Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mencemar duli pada Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kedah semalam.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Seri Norizan Khazali majlis seperti ini dapat memperbaiki dan meningkatkan lagi kemahiran peserta yang mewakili negeri Kedah.

“Jumlah penyertaan pada tahun ini meningkat 10 peratus dan ianya adalah yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini,” ujarnya.

Penyertaan untuk Kategori Hafazan adalah seramai 156 peserta manakala 51 peserta telah mengambil bahagian dalam Kategori Tilawah.

Daripada keseluruhan peserta pada tahun ini, 14 orang peserta Tilawah dan 37 orang peserta Hafazan telah layak ke Peringkat Negeri.

Johan Qari dan Qariah telah dimenangi oleh Muhammad Ammar Mukhlis Abdul Mohsin dari daerah Kota Setar dan Nurul Husna Shariff Daerah Yan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda