
Laporan/foto: Abdul Waasiek Ahmad Fikri/Mohd Faizal Mat Akhir (Timur Laut)
JELUTONG, 22 Feb (MalaysiaAktif) – Ketibaan bulan Ramadan kian dirasai oleh penduduk Kampung Dodol apabila Masjid Jamek Hashim Yahaya menganjurkan program Fit to Ramadan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut dan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), di sini hari ini.

Barangan yang dijual di Jualan Usahawan FAMA lebih murah berbanding harga pasaran.
Lebih 500 orang penduduk tempatan hadir bagi memeriahkan majlis ini dengan pelbagai pengisian yang telah dijalankan antaranya pemeriksaan mata percuma, pemeriksaan kesihatan, taklimat isu-isu semasa, Jualan FAMA, pertandingan mewarna kanak-kanak dan pertandingan dekorasi bubur lambuk.
Menurut Kamaliah Hassan, 37, Jualan Usahawan FAMA dapat membantunya berbelanja barangan keperluan harian seperti daging, ikan, ayam dan bawang dengan lebih jimat.
“Jualan di sini lebih murah berbanding barangan keperluan yang dijual di pasar berhampiran, maka saya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi,” katanya.

Barangan yang dijual di Jualan Usahawan FAMA lebih murah berbanding harga pasaran.
Manakala bagi Adam Lukman, 62, pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan pada program ini dapat memastikan beliau mengetahui tahap kesihatan diri.
“Bagi menyambut bulan Ramadan, pemeriksaan kesihatan percuma yang ditawarkan seperti hari ini adalah sangat diperlukan oleh masyarakat setempat supaya semua dapat mengetahui tahap kolesterol, tekanan darah dan sebagainya bagi persediaan mengoptimumkan tahap fizikal menyambut bulan mulia,” katanya.
Turut hadir Ahli Parlimen Jelutong Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji.
-ZS-