Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Sembilan Sungai Tercemar di Johor akan Dipulihkan

By 25 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 25 Feb (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri sedang berusaha dan merangka strategi bagi memulihkan dan memastikan sembilan sungai di negeri ini tidak lagi diklasifikasikan sebagai sungai tercemar.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata RM2 juta diperuntukkan untuk membersihkan dua sungai iaitu Sungai Tukang Batu dan Sungai Buluh di Pasir Gudang manakala RM7 juta diperuntukkan untuk membersihkan Sungai Tebrau dan Sungai Skudai.

Seramai lebih 2000 orang peserta yang terdiri daripada sukarelawan Southern Volunteer menjayakan program Southern Volunteer Go Green X Johor Bersih, kelmarin.

“Sebelum ini, terdapat 14 sungai yang tercemar dan sekarang sudah turun kepada sembilan sungai sahaja dan ini memberikan impak yang positif dalam indeks pengurangan sungai yang tercemar.

“Semoga usaha ini akan membuahkan hasil yang berjaya bagi memastikan sembilan sungai yang tercemar itu tidak lagi tersenarai menjelang tahun hadapan,” katanya selepas merasmikan Program Southern Volunteer Go Green X Johor Bersih di Tepian Sungai Tebrau, Kampung Bakar Batu, di sini kelmarin.

Tambah Datuk Onn, semua pihak harus berganding bahu mempergiatkan usaha dan strategi untuk memastikan sembilan sungai yang masih tercemar ini dapat dipulihkan demi menjaga kelestarian alam.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Md Shah turut hadir bersama pempengaruh TikTok Johor Bersih, Amyika Ceo L.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Datuk Dr. Azmi Rohani dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Mohd Haffiz Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda