Skip to main content
Berita Sabah & LabuanLabuan

Maxim Kutip 300 Kilogram Sampah Sempena Program Bersih-KAL WP

By 27 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Maxim

LABUAN, 27 Feb ( MalaysiaAktif ) – Syarikat e-hailing Maxim berjaya mengutip sampah seberat 300 kilogram dalam Program Bersih-KAL WP yang diadakan sepanjang Medan Selera Labuan dan Pantai Nagalang.

Wakil Maxim turut menyertai acara berbasikal sambil membersihkan kawasanĀ pantaiĀ Labuan

Menurut Pakar Perhubungan Pelanggan Maxim Labuan Tony Goh, Maxim menyertai program tersebut bagi menyokong sebarang program yang meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar dan membina hubungan baik antara rakan pemandu dan komuniti setempat.

ā€œKami berharap aktiviti ini dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjaga kawasan pantai, memelihara keindahannya dan mempromosikan kesedaran alam sekitar supaya generasi masa depan dapat menikmati keajaiban semula jadi selari dengan matlamat Maxim untuk berkolaborasi serta menunjukkan sokongan dan membantu pembangunan bandar,ā€ katanya dalam satu kenyataan rasmi Maxim, hari ini.

Para peserta dari Maxim mengutip sampah di sekitar PantaiĀ Nagalang

Sementara itu, Pengarah Maxim Malaysia Mohd Hazwan Musley berkata pihaknya berbesar hati menjadi sebahagian daripada acara yang bermakna itu.

ā€œIni selaras dengan nilai kami untuk menyumbang secara positif kepada komuniti setempat dan kami berharap dapat terus bekerjasama dengan inisiatif seperti ini untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, hijau dan lestari untuk semua orang,ā€ katanya.

Seramai lebih kurang 20 rakan pemandu Maxim dan ahli keluarga mereka yang menyertai program itu turut memberikan topi percuma dan makanan ringan kepada para peserta lain.

Selain itu Maxim turut menyumbang hamper makanan sebagai hadiah kepada penganjur untuk menunjukkan sokongan terhadap acara tersebut.

-AA-

Tinggalkan komen anda