Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PENTARAMA X Kelab Malaysiaku Semarakkan Semangat Patriotik

By 28 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abdul Raof Othman (Hulu Langat)

HULU LANGAT, 28 Feb (MalaysiaAktif) – Kehadiran PENTARAMA X Kelab Malaysiaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perimbun, Cheras-Kajang di sini meriah dengan pelbagai pengisian yang menarik perhatian pelajarnya.

Ia merupakan program terakhir PENTARAMA X Kelab Malaysiaku bagi daerah Hulu Langat dan negeri Selangor.

Pelajar -pelajar SMK Perimbun menyaksikan program persembahan Pentarama X Kelab Malaysiaku

Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti sembang santai mengenai kempen keselamatan dalam talian, kuiz kenegaraan, pertunjukan fesyen ASEAN dan nyanyian lagu patriotik.

Menurut Guru Penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Perimbun, Robiah Yaakob, program seumpama ini wajar diteruskan pada tahun akan datang demi memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Katanya, beliau berbangga dan teruja kerana sekolah tersebut terpilih melaksanakan program tersebut yang secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pelajar mengenai manfaat dasar dan inisiatif kerajaan.

“Program ini sangat bagus dan menarik dengan pertunjukan fesyen ASEAN yang memperagakan fesyen pakaian mengikut negara.

“Di harap program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang,” katanya ketika ditemui selepas program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku, hari ini.

Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku bersama sekolah terpilih merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan pelajar di samping memberi kefahaman mengenai manfaat dasar dan inisiatif kerajaan.

-AA-

Tinggalkan komen anda