
Oleh: Liza Abdullah (Sabah)
TAWAU, 20 Jun (Malaysiaktif) –? “Mulanya niat hanya ingin mencari juadah berbuka, rezeki Allah bertemu pula dengan program ini dan ketika ingin membuka bungkusan juadah terbabit rasa terkejut melihat baucar berkenaan, rasa bertuah sangat terima rezeki berganda.”
Demikian kata Wahyu Darianto Darsiwin, 39, seorang kakitangan swasta bertuah yang ditemui ketika 100 bungkusan juadah berbuka puasa diedar kepada orang ramai oleh Persatuan Bas Pelancongan 1Malaysia (BASPEL) di Bandar Fajar pada Khamis petang.
Menurut Presiden BASPEL, Nor Aizam Abdul Kadir berkata sebanyak 100 Bungkusan juadah diedarkan dan terdapat 3 daripada bungkusan terbabit mengandungi baucar RM100 sumbangan Hotel Heritage yang boleh ditebus dengan wang tunai di hotel terbabit.
Pemberian juadah berbuka ini nerupakan insiatif Persatuan Bas Pelancongan 1Malaysia (BASPEL) dan Hotel Heritage Tawau bersempena bulan Ramadan yang diadakan sebagai salah satu tanggungajawab sosial korporat kepada masyarakat sekitar daerah ini.
Katanya lagi, program kecil ini sebagai salah satu usaha mereka untuk menyatukan semua ahli di bawah naungan BASPEL di samping mendekatkan persatuan dengan masyarakat setempat.
Sementara itu, Ketua Jabatan Kaunter Hadapan Hotel Heritage, Razalie Mama, berterima kasih kepada pihak BASPEL yang telah mencetuskan idea pemberian juadah berbuka tersebut.
“Usaha seperti ini tidak pernah lagi dilakukan oleh mana-mana hotel di Tawau dan harapan kami agar usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua’, tambahnya semasa ditemui Malaysiaaktif selepas pelaksanaan program berkenaan.
SF