
Laporan / Foto : Shahfiq Aqmal / Izwan Nazahar (Sarawak)
DALAT, 3 Mac (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Dalat telah menghadiri kelas Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk Slot Khas Komuniti MADANI X NADI yang telah diadakan di NADI Kampung Medong Hilir di sini.

Dennis Egau mengajar kelas ICT di sini semalam.
Kelas ICT tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pengurus NADI Kampung Medong Hilir, Dennis Egau, 25 tahun yang menerangkan mengenai pengenalan kepada emel yang boleh digunakan pada pelbagai platform atas talian.
“Emel sangat berguna pada masa kini bagi memudahkan urusan seperti penghantaran maklumat rasmi dengan cepat, berinteraksi dengan individu yang berjarak jauh serta pelbagai lagi yang boleh dilakukan secara atas talian,” katanya semalam.
Dalam kelas ICT tersebut, Komuniti MADANI telah diberi latihan untuk mendaftar emel sendiri dan serta diajar untuk menggunakan Google Docs di antara satu sama yang lain.

Faziera menyampaikan maklumat kepada peserta Komuniti MADANI Dalat semalam.
Terdahulu dalam program tersebut, Pengurus NADI Kampung Medong Hilir, Nur Faziera Zaidi, 30 tahun telah menyampaikan info mengenai program dan latihan yang terdapat di NADI.
Tambahnya, pada program akan datang, pihak NADI akan mengajar dengan lebih mendalam mengenai topik ICT untuk Komuniti MADANI pada slot khas yang seterusnya.
-RJ-