Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Peniaga Bazar Ramadan Sekitar Kangar Patuhi Peraturan

By 5 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 5 Mac (MalaysiaAktif) – Para peniaga bazar Ramadan di sekitar daerah ini didapati mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK) ketika menjalankan perniagaan pada tahun ini.

Yang Dipertua MPK Affendi Rajini Kanth yang ditemui selepas sesi jelajah mesra di Pasar Ramadan Market Lama, di sini semalam, berkata hasil permantauan berkala yang dijalankan oleh pihak penguakuasa MPK, segala aspek dari segi susun atur gerai dan etika berpakaian telah dipatuhi oleh para peniaga.

Antara gerai jualan di Pasar Ramadan Market Lama, Kangar.

“Sebagaimana yang kita lihat di Pasar Ramadan Market Lama, ia merupakan contoh terbaik dalam pengurusan bazar Ramadan di negeri Perlis dari aspek kebersihan dan sebagainya,” katanya.

Sebanyak 120 lot atau tapak jualan telah ditawarkan oleh MPK di Pasar Ramadan Market Lama dan semuanya telah diisi oleh para peniaga.

Di program tersebut, Affendi turut mengagihkan apron kepada para peniaga di bazar Ramadan tersebut.

“MPK juga cuma mengenakan kadar sewaan yang boleh dianggap termurah iaitu RM10 sehari pada setiap lot dan dengan kadar sewaan tersebut diharap para peniaga dapat menjual harga yang berpatutan atau munasabah kepada pembeli.

Tambah beliau, pihak MPK Kangar telah menyusun kedudukan khemah peniaga mengikut saranan pengurusan tapak bazar Ramadan yang disarankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Apa yang kita lihat pada hari ini, terdapat jarak lapang yang luas antara barisan para peniaga.

“Ia bertujuan bagi memudahkan kenderaan ambulans atau para penyelamat memasuki kawasan bazar Ramadan sekiranya berlaku kecemasan kepada pengunjung atau peniaga,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda