Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Perak Salur RM500,000 untuk Realisasikan PCF

By 5 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/Jabatan Kesihatan Negeri Perak

IPOH, 5 Mac (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Perak komited dalam menyokong usaha mengatasi masalah malpemakanan kanak-kanak berusia enam bulan hingga enam tahun yang tertumpu kepada kanak-kanak Orang Asli dan kanak-kanak daripada keluarga B40.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak Sivanesan Achalingam turut menyokong usaha JKN Perak dalam memastikan matlamat PCF berjaya.

Menurut kenyataan itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, komitmen ini telah dilaksanakan semenjak tahun 2019 dengan jumlah dana sebanyak RM500,000 telah disalurkan menerusi pelaksanaan Program Community Feeding (PCF).

“Pada tahun 2021, inisiatif ini diperkukuhkan dengan matlamat mencapai sehingga 35 PCF bagi Orang Asli di bawah Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak Darul Ridzuan 2021-2025.

“PCF ini telah diperluaskan kepada kanak-kanak daripada keluarga B40 dengan tertubuhnya PCF Bandar malah Kerajaan negeri Perak kekal menjadi satu-satunya negeri yang menyalurkan dana bagi merealisasikan matlamat PCF secara konsisten setiap tahun,” menurut kenyataan itu.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr. Feisul Idzwan Mustapha (tengah) turut bergambar bersama-sama kakitangan JKN Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Perak Sivanesan Achalingam telah menyerahkan cek replika bernilai RM500,000 untuk pelaksanaan PCF bagi tahun 2025 kepada Pengarah Kesihatan Negeri Perak Dr. Feisul Idzwan Mustapha di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini sempena Sesi Taklimat Pengukuhan Pelaksanaan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM) Dalam Perkhidmatan Awam Selari Dengan Kempen Perangi Gula (War On Sugar) Negeri Perak Tahun 2025, kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda