
Laporan/foto: Sabrina Alicia Endoh Bali/Mohammad Ariffin Hassan (Sarawak)
BINTULU, 11 Mac (MalaysiaAktif) – Di era globalisasi yang penuh dengan teknologi yang berkembang dengan begitu pesat menjadikan setiap kaedah pembayaran secara talian lebih mudah dan pembayaran zakat turut tidak terlepas daripada fenomena ini.

Jumat Kalbi, amil bagi kawasan Kampung Baru Laut Bintulu.
Meskipun demikian, peranan amil sebagai tempat pembayaran zakat secara bersemuka di Bintulu masih lagi memainkan peranan utama.
“Sepanjang menjadi amil di bahagian Kampung Baru Laut di sini, ramai yang datang membayar zakat secara bersemuka walaupun sudah ada pembayaran zakat secara talian,” kata Jumat Kalbi, 59, selaku amil di Kampung Baru Laut, Bintulu semalam.
Tambahnya, setiap set kupon zakat yang mempunyai lebaran sebanyak 100 keping dapat dihabiskan dalam 10 hingga 13 set dalam tempoh bulan Ramadan ini.

Mohammd Ariffin menunaikan pembayaran zakat dengan amil.
“Ini menandakan bahawa banyak muslim masih lagi menunaikan pembayaran secara bersemuka berbanding secara talian meskipun ia lebih mudah,” katanya sambil menambah kebanyakan mereka adalah dari penduduk Kampung Baru Laut sendiri dan terdapat juga yang datang dari jauh seperti dari Miri, Brunei dan Sabah dan antara sebabnya adalah keberadaan kebetulan di situ.
Menurutnya, penukaran tempat bagi membuka kaunter pembayaran zakat ini lebih strategik dan mudah dilihat kerana ia berdepan dengan jalan utama.
Menurut Mohammed Ariffin Hassan, 45, berkata, tidak dinafikan membayar zakat secara talian sangat memudahkan, namun menunaikan zakat secara bersemuka bersama amil menerbitkan rasa keinsafan, rendah hati pada pemberi zakat.
-RJ-