Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Komuniti MADANI Perkukuh Hubungan Masyarakat Setempat

By 11 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ismail

TUMPAT, 11 Mac (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI di daerah ini perlu sentiasa berhati-hati bagi melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Simpangan Abdullah Mat Yusof, masyarakat perlu lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang kelihatan terlalu menarik.

Antara tetamu yang hadir.

“Jika sudah menjadi mangsa scammer (penipu), penyesalan tidak lagi berguna kerana pihak berkuasa menghadapi kesukaran dalam membanteras jenayah ini,” katanya.

Abdullah turut menasihatkan orang ramai agar tidak panik sekiranya mendapati wang dalam akaun mereka telah dipindahkan tanpa kebenaran.

“Tindakan segera perlu diambil dengan menghubungi talian 997 yang dikendalikan oleh Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) bagi mendapatkan bantuan atau membuat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam Program JIWA@Komuniti MADANI (Sembang Santai) Komuniti MADANI Simpangan di Masjid Iktikaf Ar-Rahman, Kampung Kajang Sebidang, Bendang Pak Yong, Pengkalan Kubur, di sini semalam.

Pegawai Penerangan Daerah Tumpat Mohamad Sanusi Hassan yang hadir di program tersebut, berkata Komuniti MADANI bukan sekadar menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat tetapi juga berfungsi sebagai pemangkin perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Gotong-royong memasak oleh masyarakat setempat.

“Komuniti ini diwujudkan untuk memastikan masyarakat mendapat maklumat yang tepat tentang dasar kerajaan dan tidak terpengaruh dengan berita palsu atau propaganda yang boleh memecah belahkan keharmonian,” katanya.

Katanya lagi, Komuniti MADANI turut membantu menyebarkan informasi sahih berkaitan isu semasa dan ancaman jenayah siber, terutamanya kes penipuan dalam talian.

Turut hadir Ustaz Khir Zahri dan pemimpin masyarakat setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda