Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

TBS Mukah Adakan Program Ceramah Khas Ramadan

By 12 Mac 2025Mac 13th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahfiq Aqmal/Kamarulzaman (Sarawak)

OYA, 12 Mac (MalaysiaAktif) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Bahagian Mukah telah mengadakan Program Ceramah Khas Ramadan dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Aktiviti Islam Bahagian Mukah bertempat di Masjid Attaqwa, Oya.

Orang ramai yang hadir di Program Ceramah Khas Ramadan di sini semalam.

Ketua Bahagian Pejabat Tabung Baitulmal Sarawak Bahagian Mukah, Osman Immun, berkata kerjasama jawatankuasa tetap aktiviti Islam telah membantu untuk mengadakan Program Ceramah Khas tersebut yang bermanfaat kepada penduduk Oya dan juga Dalat.

“Pihak Baitulmal juga menyediakan bantuan kesihatan seperti bantuan tambang perjalanan untuk pesakit yang membuat rawatan di luar bahagian Mukah dan membantu menyediakan peralatan dan keperluan seperti kerusi roda, pampers (lampin bayi), susu dan sebagainya yang bersesuaian,” katanya semalam merujuk kepada bantuan TBS.

Osman menyampaikan cenderahati kepada Dr. Norhafizah semalam.

Sebanyak tiga ceramah telah disampaikan iaitu oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah, Dr Norhafizah Hazar bertajuk ‘Ramadan yang Sihat’ dan seterusnya diikuti oleh Pegawai TBS Pejabat Bahagian Mukah Ustaz Nazmir Naim dengan ‘Keberkatan Berzakat’ serta diikuti Pegawai Agama Bahagian Pejabat Agama Islam Bahagian Mukah Ustaz Muhammad Adib Saini bertajuk ‘Keistimewaan Bulan Ramadan’.

Program ini diteruskan lagi dengan pengagihan bubur lambuk bertempat di sekitar Dataran Pehin Setiaraja dan Majlis Iftar Jamaie bertempat di Surau Darul Ibadah Kampung Sungai Alo, Mukah hari ini.

-RJ-

 

Tinggalkan komen anda