Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kerjasama Komuniti dan Kerajaan Bantu Penyebaran Informasi Tepat

By 13 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M. Anizan Mat Daud

TUMPAT, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Mendepani era dan gelombang digital tanpa sempadan, kerajaan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menyebarkan maklumat sahih, tepat dan telus kepada rakyat.

Menyedari keperluan ini, Pejabat Penerangan Daerah Tumpat bersama Komuniti MADANI Kampung Laut bertindang menjalinkan kerjasama sebagai agen utama untuk menyalurkan informasi yang tepat dan berfakta daripada kerajaan persekutuan kepada masyarakat setempat.

Mazhafar Makhtar.

Menurut Ketua Komuniti MADANI tersebut Mazhafar Makhtar, 34, usaha ini sangat penting bagi memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan maklumat yang tidak sahih dan berpotensi menggugat keharmonian negara.

“Keseriusan jabatan ini dengan sokongan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) seperti Komuniti MADANI Kampung Laut dalam menyebarkan maklumat sahih amatlah disokong.

“Masyarakat perlu lebih peka dan tidak menerima bulat-bulat kenyataan asing yang mungkin boleh mengganggu kestabilan negara,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Kampung Laut, Mohd Azman Ismail, 52, turut menekankan kepentingan komunikasi secara langsung dalam memastikan keseimbangan maklumat di era digital.

Pengerusi JPKKP Mukim Kampung Laut.

“Pendigitalan tanpa batas menuntut adanya komuniti yang berperanan menyebarluaskan maklumat secara langsung dan tidak langsung. Interaksi bersemuka masih relevan dalam memastikan masyarakat menerima maklumat yang sahih dan tepat,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini kelmarin.

Jiwa@Komuniti Sembang Santai ‘Makhe Collek’ yang berlangsung sehingga pukul 11.30 malam kelmarin menjadi platform penting dalam usaha mendekati masyarakat secara langsung.

Program sebegini akan terus dipergiatkan di seluruh Komuniti MADANI di negara ini bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang benar dan berfakta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda