Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

PEMADAM Mukah Agih 600 Bubur Lambuk

By 13 Mac 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Matsukarmi Suani/Rizalman Daim (Balingian)

BALINGIAN, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Mukah meneruskan tradisi tahunan program mengagihkan 600 bekas juadah bubur lambuk dalam program yang berlangsung di Anjung Selera Balingian, di sini semalam.

Menurut Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip, Program Bubur Lambuk, ‘PEMADAM Care For You: Jauhi Dadah, Hidup Penuh Erti’ merupakan satu platform bagi PEMADAM Sarawak menyebarkan mesej kesedaran bahaya dadah dan hidup lebih bahagia tanpa dadah kepada semua masyarakat disamping memupuk nilai muafakat dalam kalangan masyarakat.

Abdul Yakub mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai.

“Program pengagihan bubur lambuk ini merupakan aktiviti tahunan sambil kita mengingatkan masyarakat bahawa dadah itu musuh negara supaya masyarakat tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Pengagihan bubur lambuk tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi.

Terdahulu, pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk pameran PEMADAM, gerai jualan barangan terpakai serta sesi tazkirah Ramadan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda