
Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Wak Khairani bin Wan Husin (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 13 Mac (MalaysiaAktif) ā Bagi menghidupkan lagi suasana Ramadan, Perpustakaan Desa (PNM) Kampung Wakaf Tembesu menjadi tumpuan ramai dengan penganjuran Program Lambaian Ramadan yang penuh bermakna.

Sesi bacaan Yasin bagi memohon keberkatan di bulanĀ yangĀ mulia
Program bertujuan untuk mengajak masyarakat setempat menghayati nilai-nilai spiritual, beramal dan memperkukuh ukhuwah dalam bulan yang penuh keberkatan.

Ketua Komuniti Madani, Kampung Telaga Daing, Wan Khairani Wan Husin (baju merah) berharap program seperti ini dapat dilaksanakan lebih kerap untuk komuniti setempat
Wan Khairani Wan Husin Ketua Komuniti MADANI Kampung Telaga Daing, berkata program ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik.
“Peserta berpeluang bersama-sama mengikuti sesi bacaan Yasin serta memohon keberkatan di dalam bulan yang mulia ini.
āSelain itu, program ini turut diisi dengan tazkirah yang menyentuh soal muhasabah diri serta perkongsian ilmu dan nasihat tentang pentingnya meningkatkan amalan di bulan suci ini,ā katanya ketika ditemu bual Malaysiaaktif.
Penyelia Perpustakaan Desa Kampung Wakaf Tembesu Intan Diana Mohd Zaman, menjelaskan bahawa pelbagai aktiviti bermanfaat turut diadakan sepanjang program ini.
“Antaranya, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika yang bertujuan memupuk minat seni serta menambahkan keceriaan dalam suasana program.
āJabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu turut serta dengan mengadakan demonstrasi langkah-langkah keselamatan dan kebakaran serta demonstrasi Resusitasi Kardiopulmonari (CPR). Ini memberikan pendedahan kepada orang ramai pentingnya mengenai langkah-langkah keselamatan dan teknik bantuan kecemasan,ā katanya.
Penganjur berharap program ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan menggalakkan penglibatan bersama dalam aktiviti serta semangat ukhwah yang terjalin sepanjang bulanĀ muliaĀ ini.
-AA-